Penyelia Ladang / Pembantu Luar Ladang


PIJ Plantation & Agriculture Sdn. Bhd.

Gred : G7
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Ladang Zamrud, Kahang, Kluang

Syarat Kelayakan


  • Warganegara Malaysia. 
  • Memiliki minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional / Diploma atau Sijil dalam bidang perladangan / pertanian atau setarafnya.
  • Calon – calon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang perladangan adalah diberi keutamaan.
  • Berumur dari 20 – 35 tahun.
  • Mempunyai Lesen Memandu sekurang – kurangnya kelas B2 dan lesen memandu kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang sah.
  • Bermotivasi tinggi, memiliki personaliti yang baik, boleh bekerja dan tinggal dalam  komuniti / persekitaran di ladang.    

Skop Tugas


  • Menyediakan laporan bulanan prestasi ladang.
  • Menyediakan vehicle log untuk kenderaan ladang.
  • Memastikan setiap program yang telah dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan standard yang telah ditetapkan. 
  • Memastikan setiap alatan, material yang diperlukan telah disediakan dengan baik dan sempurna sebelum kerja – kerja ladang dilaksanakan.
  • Memberikan arahan, mengatur pekerja dan material sebelum, semasa dan selepas   melakukan kerja – kerja ladang yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Ladang.
  • Merekod kedatangan, jenis kerja dan tempoh masa kerja yang dilakukan setiap hari
  • Mengemaskini rekod keluar masuk material di setor ladang. 
  • Menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk pekerja dan setiap aset ladang. 
  • Merekod catatan hujan di kawasan ladang.
  • Lain - lain  tugasan  yang   diarahkan  oleh  Penolong Pengurus Ladang / Pengurus   Besar Ladang atau pihak pengurusan atasan dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
31/01/2025

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2025 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 11.36.1