PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJM) ialah anak syarikat PIJ Holdings Sdn Bhd, entiti milik penuh Perbadanan Islam Johor. Ditubuhkan pada 29 Oktober 1994, sebelum ini dikenali sebagai Perisind Manufacturing Sdn Bhd. Perisind Manufacturing Sdn Bhd telah dikorporatkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar bernilai RM10 juta. Pada 10 Ogos 2009, Perisind Manufacturing Sdn Bhd kemudiannya menukar namanya kepada PIJ Manufacturing Sdn Bhd.
PIJM yang berpusat di Johor Bahru, melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti perniagaan seperti membekal daging segar sejuk beku halal, membekal produk-produk sejuk beku, membekal lembu hidup dan membekal lembu hidup bagi tujuan ibadah qurban.
PIJM juga kini mampu membekal rumput napier bagi makanan ternakan dan juga bergiat aktif membekal produk asas makanan bagi program-program agensi kerajaan, penganjuran program-program latihan keusahawanan serta peruncitan dan penyewaan bangunan atau hartanah yang di bawah pengurusan kami.