Utiliti & Infrastruktur

Koridor Utiliti Johor Sdn Bhd (Koridor Utiliti Johor) merupakan syarikat milik penuh PIJ Holdings diperbadankan pada 16 Januari 2014, Koridor Utiliti Johor telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Penyelia Utiliti Tunggal Negeri Johor berkuat kuasa 1 Januari 2017. Pada 19 Mac 2019 Perjanjian Lantikan ditandatangani bagi tempoh 15 tahun dengan pilihan lanjutan 15 tahun berikutnya

Koridor Utiliti Johor Sdn Bhd (Koridor Utiliti Johor) merupakan syarikat milik penuh PIJ Holdings diperbadankan pada 16 Januari 2014, Koridor Utiliti Johor telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Penyelia Utiliti Tunggal Negeri Johor berkuat kuasa 1 Januari 2017. Pada 19 Mac 2019 Perjanjian Lantikan ditandatangani bagi tempoh 15 tahun dengan pilihan lanjutan 15 tahun berikutnya.

Koridor Utiliti Johor menjalankan peranan sebagai agensi sehenti dan Penyelaras Perancangan Pembangunan & Penyediaan Pepasangan Infrastruktur Utiliti Negeri Johor. Ia merupakan agensi yang pertama di Malaysia menjalankan peranan seumpamanya.

Koridor Utiliti Johor perlu memastikan semua perancangan pembangunan utiliti di negeri Johor mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Johor selaras dengan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan terbitan tahun 2011, Arahan Teknik Jalan dan Perancangan Utiliti yang berkaitan dengan pembangunan utiliti yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Maklumat Syarikat


Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.
Alamat
: Aras 7B, Bangunan PIJ Holdings, Jalan Bukit Timbalan, 80000 Johor Bahru, Johor
No Tel
: +607 222 0008
No Faks
: +607-222 0928
Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2024 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 11.33.2