Polisi Anti Rasuah Kumpulan PIJ Holdings


Rasuah dalam semua bentuknya yang berkaitan dengan aktiviti PIJ Holdings dilarang sama sekali kerana secara langsung dan tidak langsung boleh menjurus kepada Konflik Kepentingan.

Rasuah boleh melibatkan apa-apa yang bernilai seperti wang, barang, perkhidmatan, harta, keistimewaan, jawatan atau layanan keutamaan. Oleh itu, Kakitangan PIJ Holdings dan Sekutu Perniagaannya tidak boleh sama ada secara langsung atau tidak langsung, menawarkan, memberikan, menerima atau meminta apa-apa barang yang bernilai, dalam cubaan untuk mempengaruhi, secara tidak jujur, keputusan atau tindakan seseorang yang memegang jawatan beramanah dalam organisasi sama ada untuk manfaat yang dirancang oleh PIJ Holdings atau orang yang terlibat dalam transaksi.

POLISI HADIAH, HOSPITALITI DAN MANFAAT BERKAITAN


PIJ Holdings mengamalkan Polisi 'Tiada Hadiah'. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian tertentu. Hadiah dan hospitaliti boleh diterima dengan syarat :

  1. terhad, biasa dan dibenarkan wajar dalam keadaan tersebut; dan
  2. tidak mempunyai atau dianggap mempunyai apa-apa kesan terhadap tindakan atau keputusan (oleh pemberi atau penerima) iaitu antara lain :
    1. seharusnya tidak mengharapkan apa-apa bantuan tertentu atau kelebihan yang tidak wajar daripada penerima yang dimaksudkan;
    2. penilaian perniagaan secara bebas oleh penerima yang dimaksudkan mestilah tidak terjejas;
    3. tidak sepatutnya mempunyai apa-apa niat buruk / bersifat jenayah yang terlibat; dan
    4. pemberian hadiah dan hospitaliti mestilah dilakukan secara terbuka dan telus.

POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT PIJ HOLDINGS


Selaras dengan amalan integriti dan tadbir urus korporat yang baik, PIJ Holdings Sdn Bhd (PIJ Holdings) akan memastikan pihak dalam dan pihak luar yang bekerja dengan PIJ Holdings mempunyai saluran untuk menyuarakan kebimbangan tentang perbuatan tidak wajar yang mungkin dilakukan dalam perlakuan perniagaan dengan cara yang selamat dan sulit.

Sekiranya terdapat sebarang salah laku jenayah rasuah atau pelanggaran tata kelakuan dan etika dalam kalangan anggota pekerja Kumpulan PIJ Holdings, salurkan aduan anda ke :

Borang Aduan

Identiti anda dijamin dan dilindungi di bawah Polisi Pemberi Maklumat PIJ Holdings.

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2024 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 11.33.2