PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Maklumat
Korporat
Kenali Kami
PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJ Holdings) diperbadanankan sebagai cabang pelaburan dan syarikat induk bisnes Perbadanan Islam Johor. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), PIJ Holdings berperanan untuk memperkasa dan memajukan sosioekonomi ummah sebagaimana hasrat Kerajaan Negeri Johor melalui penglibatan sektor-sektor bisnes teras.
Sejarah Penubuhan
- 1976
Pada tahun 1976, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) diperbadankan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kuatkuasa Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 yang dinamakan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor. PKEINJ memulakan operasi pada tahun 1977.
- 1995
Perisind Holdings diperbadankan pada 1995 sebagai syarikat induk bisnes kepada PKEINJ. Kesemua aktiviti bisnes dan sosioekonomi yang dijalankan oleh PKEINJ diuruskan oleh Perisind Holdings
- 2009
Perisind Holdings kemudiannya dijenamakan kepada PIJ Holdings pada tahun 2009 selaras dengan pertukaran nama PKEINJ kepada Perbadanan Islam Johor
Visi
Sebagai Badan Korporat Pacuan Pasaran Bertaraf Global Berteraskan Keilmuan Dan Prinsip Keislaman
Misi
- Berdaya Maju Dan Lestari Berteraskan Budaya Keusahawanan Dengan Menjana Nilai Dan Keuntungan Berterusan
- Menjadi Agensi Utama Pembangunan Sosioekonomi Serta Memperkasa Dan Memartabatkan Usahawan Bumiputera Selari Dengan Aspirasi Kerajaan Negeri