Pembangunan & Pengurusan Hartanah

PIJ Property Development Sdn. Bhd. (PIJ Property adalah pemaju hartanah dan ejen pembangunan hartanah milik penuh PIJ Holdings dperbadankan pada 14 November 1994

Membina kediaman yang berkualiti dan mementingkan keselesaan kepada pelanggan adalah fokus utama PIJ Property selaras dengan visi syarikat iaitu “Sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik melalui penyediaan produk dan servis bertaraf antarabangsa yang boleh meningkatkan kualiti hidup”.

Pada awal penubuhan, PIJ Property telah membangunkan sebanyak 89 buah Sekolah Agama di seluruh negeri Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM110.0 juta.

PIJ Property meluaskan portfolio dengan melibatkan diri dalam pembangunan projek perumahan berkonsepkan Taman Perbadanan Islam (TPI) dengan pembinaan TPI pertama adalah di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

PIJ Property turut terlibat dalam membangunkan bangunan pejabat PIJ Holdings bernilai RM30.0 juta serta pembinaan 200 unit Kuarters Polis di Bukit Chagar, Johor Bahru, yang bernilai RM72.0 juta pada tahun 2000.

Maklumat Syarikat


PIJ Property Development Sdn. Bhd.
Alamat
: Aras 1, Bangunan PIJ Holdings, Jalan Bukit Timbalan, 80000 Johor Bahru, Johor
No Tel
: +607 226 6366
No Faks
: +607-226 6368

Syarikat Bersekutu


Pandan Baru Sdn. Bhd. 30 %
Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2024 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 11.33.2