Eksekutif Kanan Operasi Ladang & Integrasi


PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.

Gred : G5
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Larkin, Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 30 - 45 tahun.
  • Memiliki sekurang – kurangnya pendidikan peringkat Ijazah dalam bidang pertanian, penternakan atau apa-apa bidang yang berkaitan.
  • Memiliki pengalaman minimum 5 tahun dalam pengurusan projek pertanian atau integrasi ternakan.
  • Mempunyai kemahiran dalam perancangan ladang dan pengurusan operasi.
  • Komited, berkeyakinan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.

Skop Tugas


  • Merancang & Menyelaras Operasi Ladang – Menyusun jadual kerja bagi aktiviti   penanaman, pembajaan, dan penuaian Napier.
  • Pengurusan Tenaga Kerja – Mengurus pekerja ladang, memastikan produktiviti dan disiplin kerja.
  • Pemantauan Kualiti & Hasil Tanaman – Memastikan Napier ditanam mengikut spesifikasi, mendapatkan hasil optimum.
  • Pengurusan Kos & Bajet – Mengawal perbelanjaan ladang untuk memastikan keuntungan maksimum.
  • Pemantuhan Peraturan & Keselamatan – Memastikan ladang beroperasi mengikut undang-undang dan standard pertanian.
  • Penyelarasan Pemakanan Lembu – Memastikan diet lembu seimbang dengan Napier, silaj, dan suplemen lain.
  • Kesihatan & Kebajikan Ternakan – Mengawasi kesihatan lembu, bekerjasama dengan veterinar untuk rawatan dan vaksinasi.
  • Pengurusan Pembiakan – Mengurus proses pembiakan bagi meningkatkan populasi ternakan secara strategik.
  • Pengurusan Reban & Infrastruktur – Memastikan kandang dalam keadaan baik dan selamat untuk ternakan.
  • Pemantauan Produktiviti – Menyediakan laporan pertumbuhan, kadar kenaikan berat badan, dan prestasi keseluruhan lembu.
  • Menganalisis Data Ladang – Menyediakan laporan hasil tanaman, keuntungan, dan cabaran yang dihadapi.
  • Mengesyorkan Penambahbaikan – Memberikan cadangan kepada pengurusan untuk meningkatkan kecekapan operasi.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
31/08/2025

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2025 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 12.18.0