16 Oct 2024
Sesi Kunjung Hormat oleh Tuan Haji Abdul 'Alim kepada YAB Menteri Besar Johor sempena persaraan beliau sebagai Pengarah Urusan PIJ Holdings.
Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor yang berlangsung di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri ini disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Seterusnya penyampaian cenderahati oleh Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor kepada Tuan Haji Abdul 'Alim bin Abd Shukor, Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn. Bhd diiringi oleh Pengurusan Tertinggi PIJ Holdings.
-
Terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Salam Maju Johor.