Pelancaran Manifestasi "PIJH Next Chapter"


18 Nov 2026

Selain meraikan kecemerlangan dan menghargai sumbangan warga kerja, majlis turut menyaksikan pelancaran manifestasi bertajuk "PIJH Next Chapter.." sebagai manifestasi komitmen pihak pengurusan dalam memperkukuh tadbir urus dan membawa Kumpulan PIJ Holdings ke arah yang lebih baik.

Menerusi pelancaran ini, tujuh fokus utama penambahbaikan telah diperkenalkan dari pelbagai aspek seperti kewangan, risiko perniagaan, kompetensi warga kerja dan tatakelola korporat,

Pelancaran ini adalah lambang keseriusan pihak pengurusan untuk menterjemahkan perancangan kepada tindakan. Pada masa yang sama, seluruh warga kerja diberi gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju, perubahan dan perkara yang ingin dilaksanakan oleh syarikat.

PIJH Next Chapter adalah komitmen bersama untuk membina organisasi yang lebih tersusun, berintegriti, berdaya saing dan berorientasikan prestasi demi memberikan nilai serta pulangan kepada Kerajaan Negeri Johor.