Projek Pembangunan Industri Sokongan Minyak & Gas

Pengerang Oil & Gas City

Butiran

Pembangunan Bandar Minyak & Gas Pengerang melibatkan 4 fasa

Fasa 1A - Fasa Pra Pembangunan

3 komponen utama sementara (Lakeview Terrace, #kotakniaga, inkubator usahawan) telah dibina dalam tempoh 6 bulan (dijangka siap akhir 2015). Setiap komponen berfungsi selama 5 tahun sebelum dibangunkan sebagai pembangunan kekal.

Lake View Terrace dibangunkan sebanyak 1200 unit, #kotakniaga sebanyak 36 unit dan inkubator usahawan sebanyak 44 unit.

Fasa 1B - Hub Industri

Taman Perindustrian POGC menawarkan 100 unit lot kecil dan sederhana di kawasan seluas 40 ekar persegi. Dijangka siap akhir tahun 2016.

Setelah siap, fasa 1B bakal menawarkan taman perindustrian termaju di Pengerang dengan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Fasa 2A - Hub Perniagaan

Menawarkan pusat perniagaan, peruncitan dan pusat perubatan di tapak seluas 72 ekar persegi. Dijangka siap akhir 2016

Fasa 2B - Hub Gaya Hidup

Menawarkan pilihan yang lebih untuk ruang perniagaan dengan gabungan antara perniagaan dan aktiviti santai. Kawasan ini bakal menjadi mercu tanda kepada POGC




Pertanyaan & Info Lanjut

Emelkan pertanyaan ke :

Website : http://www.perisindsamudra.my