Kenali PIJ Holdings

PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJH) merupakan sebuah syarikat pemegangan pelaburan milik kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ).

PIJH ditubuhkan pada tahun Januari 1995 dengan nama Perisind Holdings Sdn Bhd dan kemudiannya telah ditukar kepada PIJ Holdings Sdn. Bhd. pada 22 April 2004.

Aktiviti utama PIJH adalah merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan ekonomi umat Islam yang berlandaskan kepada aktiviti perniagaan yang tidak melanggar kehendak Islam serta meningkatkan sumbangan pendapatan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan taman-taman perbadanan Islam pada harga yang berpatutan di lokasi-lokasi yang strategik di setiap bandar dalam daerah di negeri Johor, kemajuan pertanian, perusahaan, perlombongan dan perdagangan.

Ini adalah selaras dengan penubuhan PIJ yang dahulunya dikenali sebagai PKEINJ atau Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor pada tahun 1976 seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 18 Enakmen Pertubuhan PKEINJ.