Kenali PIJ Holdings


PIJ Holdings adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti komersial seperti pembangunan hartanah, perladangan & pertanian, perkilangan dan pengurusan hartanah.

Mesyuarat Tahunan Warga Kerja Kumpulan PIJ Holding



Mesyuarat ini menjadi wadah bagi pengurusan Kumpulan untuk membentangkan perkembangan, prestasi serta hala tuju Kumpulan. Mesyuarat ini juga membuktikan komitmen pengurusan dalam mendengar cetusan idea serta pendapat warga kerja melalui sesi dialog bersama Pengarah Urusan. Penghargaan serta pengiktirafan turut diberikan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Kumpulan.