Kenali PIJ Holdings


PIJ Holdings adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti komersial seperti pembangunan hartanah, perladangan & pertanian, perkilangan dan pengurusan hartanah.

Program Membudayakan Al-Quran



Program Membudayakan Al-Quran merupakan antara program yang dilaksanakan bagi menegakkan syiar Islam dalam kalangan warga kerja Kumpulan. Sebagai sebuah Syarikat Kumpulan milik penuh Perbadanan Islam Johor, PIJ Holdings mengutamakan keseimbangan dalam menjalankan bisnes dan juga pada masa yang sama pengisian rohani bergerak seiring. Melalui program ini, warga kerja Kumpulan dapat bersama-sama membudayakan Al-Quran melalui bimbingan tenaga pengajar jemputan terutamanya dari segi bacaan yang betul, serta pengajaran akan surah-surah yang dibaca.