Modal Insan

Lanjutan pelaksanaan Transformasi Korporat Perbadanan Islam Johor (PIJ), PIJ Holdings bertanggungjawab mengurus semua aktiviti komersil PIJ yang berorientasikan rangka kerja sektor swasta bagi membina kekuatan kewangan untuk disalurkan kepada PIJ bagi tujuan memajukan ekonomi orang Islam di Negeri Johor menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program sewajarnya.

Kumpulan PIJ Holdings sedang berkembang pesat seiring dengan penglibatan kami dalam pelbagai sektor. Dengan jumlah warga kerja melebihi 100 orang, kekuatan modal insan ini berada di tahap yang baik. Namun, untuk kami mengorak langkah lebih jauh meneroka pelbagai peluang bisnes dan menjana keuntungan, kami memerlukan lebih ramai modal insan profesional untuk bersama-sama kami dalam usaha menembusi pasaran global. 

Bagi mencapai impian tersebut, kami memerlukan individu yang berpengetahuan, berkebolehan, memiliki daya motivasi yang tinggi serta mempunyai kemahiran insaniah yang unggul untuk membantu kami dan Kumpulan bagi membina keuntungan yang mapan dan seterusnya mengekalkan daya saing dalam persekitaran bisnes yang semakin mencabar kini.

Bersesuaian dengan pendekatan dan perkembangan bisnes serta penerapan nilai-nilai korporat, kami amat mengalu-alukan individu yang berminat dan ingin berkembang maju bersama-sama kami bagi menggilap dan memenuhi potensi kendiri seterusnya melebarkan kerjaya mereka dalam suasana kerja berprestasi tinggi.

Kami mengalu-alukan anda untuk membina masa depan bersama kami, hari ini. Keutamaan kami juga adalah untuk menjadi majikan pilihan yang mampu untuk menarik, mengekal dan membangunkan bakat-bakat terbaik dalam organisasi kami. Untuk tujuan ini, kami menyediakan pelan dan program yang selari dengan objektif organisasi dan merancang keperluan tenaga kerja dengan sewajarnya bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang berdasarkan kepada perubahan organisasi sebagaimana yang dijangkakan.

Marilah bersama-sama kami serta rebutlah peluang ini untuk meneroka pelbagai bidang yang boleh menjadi asas untuk anda membina kerjaya bersama kami.

Senarai Aktiviti & Program Modal Insan



Mesyuarat Tahunan Warga Kerja Kumpulan PIJ Holding

Mesyuarat ini menjadi wadah bagi pengurusan Kumpulan untuk membentangkan perkembangan, prestasi serta hala tuju Kumpulan. Mesyuarat ini juga membuktikan komitmen pengurusan dalam mendengar cetusan idea serta pendapat warga kerja melalui sesi dialog bersama Pengarah Urusan. Penghargaan serta p...

  Baca Sepenuhnya

Program Membudayakan Al-Quran

Program Membudayakan Al-Quran merupakan antara program yang dilaksanakan bagi menegakkan syiar Islam dalam kalangan warga kerja Kumpulan. Sebagai sebuah Syarikat Kumpulan milik penuh Perbadanan Islam Johor, PIJ Holdings mengutamakan keseimbangan dalam menjalankan bisnes dan juga pada masa yan...

  Baca Sepenuhnya

Program Penyediaan Kertas Kerja Perniagaan

Program ini diadakan bagi memberi latihan dan pengetahuan tambahan bagi menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti dan terperinci. Pengetahuan yang ada boleh dijadikan landasan bagi merancang projek syarikat dengan lebih sistematik dan berdaya maju sesuai dengan pelaburan yang dibuat o...

  Baca Sepenuhnya

Kursus Finance For Non Finance

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan akan konsep asas kewangan dalam bisnes kepada warga kerja bukan dari bidang kewangan. Selain itu, warga kerja turut dilatih membuat  tafsiran penyata kewangan dan cara meningkatkan prestasi bisnes. diadakan pada 17 & 18 Mei 2015

  Baca Sepenuhnya

Emergency Response Team

Program Kursus Asas Pasukan Keselamatan Kebakaran juga dikenali sebagai Emergency Reponse Team (ERT) telah diadakan pada 11, 18 dan 25 Ogos 2015. Program ini telah dihadiri oleh 25 orang anggota pekerja yang terdiri daripada staff sokongan sehingga pengurus besar. Program ini diadakanuntuk me...

  Baca Sepenuhnya

Kursus Written Communication In Workplace

Kursus Written Communication In Wordplace telah diadakan pada 6 dan 7 September 2015 yang dihadiri oleh lebih 20 orang anggota pekerja. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan strategi berkomunikasi dengan berkesan di kalangan anggota pekerja. Selain itu, kursus ini juga ingin mengetengahkan ...

  Baca Sepenuhnya