Media

13/12/2015

PIJ Holdings Bangunkan RMMJ Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Kumpulan PIJ Holdings (PIJ Holdings) membangunkan 106 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dalam usahanya memberi peluang kepada orang Melayu memiliki kediaman dikawasan yang pesat dengan pembangunan ekslusif.

Pembinaan RMMJ tersebut merupakan salah satu komponen di dalam Taman Perbadanan Islam, konsep perumahan yang dibina khusus untuk orang Melayu dengan harga yang berekonomi dalam kawasan bandar.

Pengarah Urusan PIJ Holdings Rozan Mohd Sa’at berkata, “Projek ini terletak di kawasan yang sangat strategik yang memungkinkan nilai harta melambung dalam tempoh dua atau tiga tahun, pembinaan Taman Perbadanan Islam membolehkan orang Melayu turut memiliki kediaman dalam kawasan sama”.

Taman Perbadanan Islam Teluk Permata ini bakal didiami sejumlah 318 keluarga Melayu dan merupakan Taman Perbadanan Islam kedua yang dilancarkan pada tahun ini kurang sebulan daripada pelancaran Taman Perbadanan Islam Larkin.

Menteri Besar Johor YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin turut mengulas, “Dalam ucapan Bajet Negeri 2016 saya telah memaklumkan untuk Kumpulan PIJ Holdings membangunkan beberapa lagi Taman Perbadanan Islam di lokasi strategik termasuk di Pasir Gudang, Muar dan Jalan Stulang Baru yang dijangka bermula pelaksanaannya tahun hadapan”.

Beliau yang juga Pengerusi PIJ Holdings berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Perbadanan Islam Teluk Permata, turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor YB Datuk Haji Abdul Latiff Bin Haji Bandi.




TAMAT

Pertanyaan Media:

Bahagian Komunikasi Korporat
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Telefon   : 07-226 6366/4752
Emel       : media@pijholdings.com

Laman Web : http://www.pijholdings.com
Facebook Page : PIJ Holdings Sdn Bhd | http://fb.pijholdings.com
Instagram : @pijholdings | http://insta.pijholdings.com
Twitter : @pijholdings | http://tweet.pijholdings.com


PIJ HOLDINGS SDN. BHD. (PIJH)


PIJ Holdings Sdn Bhd atau PIJH merupakan sebuah syarikat milikan penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dimana operasi utama tertakluk dibawah bidang kerja syarikat meliputi aktiviti komersial iaitu Pembangunan Hartanah, Perladangan dan Pertanian, Perkilangan, Penyediaan Serta Penyeliaan Utiliti & Infra Telekomunikasi Negeri Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC) yang dilaksanakan menerusi anak-anak syarikat dibawah Kumpulan PIJH.

Berstatus sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), PIJH turut mengusahakan pelbagai program keusahawanan yang bertindak sebagai platform untuk melahirkan dan melatih lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan Bumiputra.




Sebarang pertanyaan mengenai jualan hartanah, sila hubungi :

Bahagian Jualan Hartanah
PIJ Property Development Sdn. Bhd.