Media

26/04/2015

Khaled Lancar Program Pembangunan Usahawan Bumiputera PIJH

KOTA TINGGI - Program Pembangunan Usahawan Bumiputera telah dilancarkan oleh  Menteri Besar Johor YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Pulai Desaru Beach Resort disini pada 26 April 2015.

Program Pembangunan Usahawan ini bertujuan untuk membantu para usahawan tempatan yang baru berkecimpung dalam dunia keusahawanan untuk memulakan operasi perniagaan masing-masing.

Program akan dianjurkan melalui inisiatif pertama  ̶   Inkubator Usahawan Johor, berkonsepkan ruang pejabat kecil yang diilhamkan oleh Menteri Besar Johor sendiri, yang juga Pengerusi Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd (PIJH).

Inisiatif kedua adalah ruang niaga KotakNiaga, yang bakal menempatkan usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka, dibangunkan oleh Perisind Samudra Sdn Bhd syarikat dibawah Kumpulan PIJ Holdings.

Matlamat program ini selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memartabatkan usahawan tempatan ke arah membangunkan Johor secara inklusif.

Khaled turut melancarkan projek Penempatan Sementara Eksekutif ‘Lakeview Terrace’ sebagai sebuah projek khidmat sokongan kepada pembangunan di RAPID Pengerang.

Program ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Ismail Karim dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Dato’ Haji Marsan Kassim.




TAMAT

Pertanyaan Media:

Bahagian Komunikasi Korporat
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Telefon   : 07-226 6366/4752
Emel       : media@pijholdings.com

Laman Web : http://www.pijholdings.com
Facebook Page : PIJ Holdings Sdn Bhd | http://fb.pijholdings.com
Instagram : @pijholdings | http://insta.pijholdings.com
Twitter : @pijholdings | http://tweet.pijholdings.com


PIJ HOLDINGS SDN. BHD. (PIJH)


PIJ Holdings Sdn Bhd atau PIJH merupakan sebuah syarikat milikan penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dimana operasi utama tertakluk dibawah bidang kerja syarikat meliputi aktiviti komersial iaitu Pembangunan Hartanah, Perladangan dan Pertanian, Perkilangan, Penyediaan Serta Penyeliaan Utiliti & Infra Telekomunikasi Negeri Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC) yang dilaksanakan menerusi anak-anak syarikat dibawah Kumpulan PIJH.

Berstatus sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), PIJH turut mengusahakan pelbagai program keusahawanan yang bertindak sebagai platform untuk melahirkan dan melatih lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan Bumiputra.