Media

15/11/2015

PIJH Bangunkan RMMJ Larkin

JOHOR BAHRU – PIJ Holdings Sdn. Bhd. dalam proses membina Taman Perbadanan Islam di Larkin. Konsep Taman Perbadanan Islam mempunyai beberapa komponen penting dalam melestarikan hidup rakyat Johor khususnya yang berada dalam kawasan Johor Bahru. Antara komponen dalam taman konsep ini adalah Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ). Menteri Besar Johor YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi PIJ Holdings Sdn. Bhd. menyatakan bahawa Kerajaan Negeri komited membina 42,000 unit RMMJ menjelang 2018. Khaled berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Perbadanan Islam Larkin. Pengarah Urusan PIJ Holdings, Rozan Mohd Sa’at turut mengulas bahawa Taman Perbadanan Islam dibangunkan untuk menyediakan kediaman dalam bandar kepada golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan khususnya orang Melayu. Turut hadir YB Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Abd Samad Ahli Parlimen Johor Bahru serta YB Dato’ Abdul Latif Bandi Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.




TAMAT

Pertanyaan Media:

Bahagian Komunikasi Korporat
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Telefon   : 07-226 6366/4752
Emel       : media@pijholdings.com

Laman Web : http://www.pijholdings.com
Facebook Page : PIJ Holdings Sdn Bhd | http://fb.pijholdings.com
Instagram : @pijholdings | http://insta.pijholdings.com
Twitter : @pijholdings | http://tweet.pijholdings.com


PIJ HOLDINGS SDN. BHD. (PIJH)


PIJ Holdings Sdn Bhd atau PIJH merupakan sebuah syarikat milikan penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dimana operasi utama tertakluk dibawah bidang kerja syarikat meliputi aktiviti komersial iaitu Pembangunan Hartanah, Perladangan dan Pertanian, Perkilangan, Penyediaan Serta Penyeliaan Utiliti & Infra Telekomunikasi Negeri Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC) yang dilaksanakan menerusi anak-anak syarikat dibawah Kumpulan PIJH.

Berstatus sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), PIJH turut mengusahakan pelbagai program keusahawanan yang bertindak sebagai platform untuk melahirkan dan melatih lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan Bumiputra.