Media

26/04/2015

PIJ Holdings Perkasa Usahawan Bumiputera

KOTA TINGGI - PIJ Holdings Sdn Bhd (PIJH) akan membangunkan 40 unit Inkubator Usahawan Johor yang bakal ditempatkan di Pengerang, Johor.

Inkubator Usahawan Johor merupakan salah satu inisiatif dibawah Program Pembangunan Usahawan Bumiputera bakal menawarkan ruang pejabat kecil dengan kadar sewaan rendah dan dilengkapi prasarana asas.

Kumpulan PIJH melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan antara agensi penggerak bagi Program Pembangunan Usahawan Bumiputera yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Johor.

Pengarah Urusan Kumpulan PIJH, Rozan Mohd Sa'at berkata peserta projek ini bakal mendapat prospek besar daripada pembangunan rancak Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

"Projek Inkubator Usahawan Johor ini dapat membantu para usahawan Bumiputera yang ingin memulakan dan menjalankan perniagaan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun, suatu tempoh dirasakan cukup mematangkan mereka untuk menjadi usahawan berjaya", kata beliau.

Rozan turut menjelaskan, PIJH sebagai satu syarikat berkaitan Kerajaan, yang memegang peranan sebagai salah satu agensi pelaksana Program Pembangunan Usahawan di Johor akan terus maju untuk memperkasakan usahawan Bumiputera tempatan, selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri.

Program Pembangunan Usahawan Bumiputera telah dirasmikan oleh YAB Dato' Khaled bin Mohamed Nordin, Menteri Besar Johor.

Pembangunan kompleks Inkubator Usahawan Johor akan menggunakan konsep baharu dimana struktur kompleks bakal dibina menggunakan kerangka 'compact cabin' kontena dikawasan seluas 1 ekar.

Pembinaan dengan cara ini adalah bersifat fleksibel dan dapat dibangunkan dalam jangkamasa yang singkat dengan kos yang rendah.




TAMAT

Pertanyaan Media:

Bahagian Komunikasi Korporat
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Telefon   : 07-226 6366/4752
Emel       : media@pijholdings.com

Laman Web : http://www.pijholdings.com
Facebook Page : PIJ Holdings Sdn Bhd | http://fb.pijholdings.com
Instagram : @pijholdings | http://insta.pijholdings.com
Twitter : @pijholdings | http://tweet.pijholdings.com


PIJ HOLDINGS SDN. BHD. (PIJH)


PIJ Holdings Sdn Bhd atau PIJH merupakan sebuah syarikat milikan penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dimana operasi utama tertakluk dibawah bidang kerja syarikat meliputi aktiviti komersial iaitu Pembangunan Hartanah, Perladangan dan Pertanian, Perkilangan, Penyediaan Serta Penyeliaan Utiliti & Infra Telekomunikasi Negeri Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC) yang dilaksanakan menerusi anak-anak syarikat dibawah Kumpulan PIJH.

Berstatus sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), PIJH turut mengusahakan pelbagai program keusahawanan yang bertindak sebagai platform untuk melahirkan dan melatih lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan Bumiputra.