Media

5/08/2016

PIJ Holdings Bina 2000 Rumah Rakyat

MUAR – Kumpulan PIJ Holdings (PIJ Holdings) bakal membina 2000 unit perumahan rakyat menjelang tahun 2019.

Menurut Menteri Besar Johor YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin unit-unit tersebut terdiri daripada PKJ A, PKJ B dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang telah dirancang seluruh negeri Johor untuk tempoh 2016-2020.

“Unit perumahan ini tidak termasuk rumah kos sederhana dari pelbagai jenis termasuk teres satu tingkat dan dua tingkat, townhouse dan pangsapuri, menjadikan jumlah yang dibina mencecah lebih 7,500 unit”, ujar beliau yang juga Pengerusi PIJ Holdings.

Taman Perbadanan Islam Maharani yang dilancarkan semalam oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin khusus untuk Orang Melayu di atas tanah Rizab Melayu.

Komponen pembangunan bagi projek ini meliputi perumahan rakyat seperti Rumah Mampu Milik Johor, Perumahan Komuniti Johor Jenis A dan Jenis B.

Taman Perbadanan Islam Maharani merupakan antara inisiatif bagi membela golongan Bumiputera bagi memiliki kediaman sendiri.

Taman Perbadanan Islam Maharani adalah Taman Perbadanan Islam keempat yang dibina dalam tempoh kurang setahun, merupakan Taman Perbadanan Islam pertama yang dibina diluar kawasan Johor Bahru.

 

 

Pengarah Urusan PIJ Holdings Rozan Mohd Sa'at turut mengulas, "Hampir keseluruhan projek pembangunan oleh PIJ Holdings yang sedang dan akan dilaksanakan akan dibangunkan di atas tanah Rizab Melayu untuk pembeli Melayu dan PIJ Holdings akan terus komited dalam memenuhi hasrat Rakyat Johor".

Bagi menjawab kepada permasalahan kos tinggi yang membebani usahawan muda untuk memiliki ruang pejabat, seperti Taman Perbadanan Islam yang lain, Taman Perbadanan Islam Maharani juga akan dilengkapkan dengan pembinaan sebanyak 40 unit Inkubator Usahawan Johor yang dapat membantu usahawan muda untuk mempunyai ruang pejabat pada kadar cukup rendah.

Pelancaran Taman Perbadanan Islam Maharani semalam turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Razali bin Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Muar.




TAMAT

Pertanyaan Media:

Bahagian Komunikasi Korporat
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Telefon   : 07-226 6366/4752
Emel       : media@pijholdings.com

Laman Web : http://www.pijholdings.com
Facebook Page : PIJ Holdings Sdn Bhd | http://fb.pijholdings.com
Instagram : @pijholdings | http://insta.pijholdings.com
Twitter : @pijholdings | http://tweet.pijholdings.com


PIJ HOLDINGS SDN. BHD. (PIJH)


PIJ Holdings Sdn Bhd atau PIJH merupakan sebuah syarikat milikan penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dimana operasi utama tertakluk dibawah bidang kerja syarikat meliputi aktiviti komersial iaitu Pembangunan Hartanah, Perladangan dan Pertanian, Perkilangan, Penyediaan Serta Penyeliaan Utiliti & Infra Telekomunikasi Negeri Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC) yang dilaksanakan menerusi anak-anak syarikat dibawah Kumpulan PIJH.

Berstatus sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), PIJH turut mengusahakan pelbagai program keusahawanan yang bertindak sebagai platform untuk melahirkan dan melatih lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan Bumiputra.