Media

2/03/2016

PIJ Holdings Rai Media

JOHOR BAHRU – Kumpulan PIJ Holdings (PIJ Holdings) meraikan media dalam sebuah kejohanan bowling di Sahara Bowl, Angsana Mall semalam.

Memilih sukan bowling sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara PIJ Holdings dan pengamal media, PIJ Holdings melihat ianya sebagai satu pendekatan untuk merapatkan ukhwah secara santai.

Pengarah Urusan PIJ Holdings Rozan Mohd Sa’at melihat majlis sebegini turut menjadi sebuah acara untuk menghargai media yang sentiasa memberi sokongan kepada PIJ Holdings.

Beliau menambah, “Kumpulan PIJ Holdings melihat usaha oleh pengamal media dalam menyokong kami wajar mendapat penghargaan melalui aktiviti sebegini.

PIJ Holdings Sdn. Bhd. atau PIJ Holdings merupakan sebuah syarikat pelaburan milik penuh Perbadanan Islam Johor yang menjalankan bisnes dalam pelbagai bidang termasuk Pembangunan & Pengurusan Hartanah, Perladangan & Pertanian, Makanan, Perkilangan dan Perindustrian, Agensi Sehenti Penyeliaan Koridor Utiliti Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC).




TAMAT

Pertanyaan Media:

Bahagian Komunikasi Korporat
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Telefon   : 07-226 6366/4752
Emel       : media@pijholdings.com

Laman Web : http://www.pijholdings.com
Facebook Page : PIJ Holdings Sdn Bhd | http://fb.pijholdings.com
Instagram : @pijholdings | http://insta.pijholdings.com
Twitter : @pijholdings | http://tweet.pijholdings.com


PIJ HOLDINGS SDN. BHD. (PIJH)


PIJ Holdings Sdn Bhd atau PIJH merupakan sebuah syarikat milikan penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dimana operasi utama tertakluk dibawah bidang kerja syarikat meliputi aktiviti komersial iaitu Pembangunan Hartanah, Perladangan dan Pertanian, Perkilangan, Penyediaan Serta Penyeliaan Utiliti & Infra Telekomunikasi Negeri Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC) yang dilaksanakan menerusi anak-anak syarikat dibawah Kumpulan PIJH.

Berstatus sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), PIJH turut mengusahakan pelbagai program keusahawanan yang bertindak sebagai platform untuk melahirkan dan melatih lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan Bumiputra.