Media

1/03/2016

PIJ Holdings Bina 333 Rumah Rakyat

JOHOR BAHRU – Kumpulan PIJ Holdings (PIJ Holdings) membangunkan 333 unit perumahan rakyat khusus buat golongan Bumiputera di lokasi strategik dalam bandar di Johor Bahru.

Antaranya, Taman Perbadanan Islam Stulang Baru yang dilancarkan semalam oleh Menteri Besar Johor YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin yang khusus kepada pembangunan komponen perumahan rakyat.

Projek perumahan ini merupakan antara inisiatif bagi membela golongan Bumiputera bagi memiliki kediaman sendiri.

"Keseimbangan kependudukan kaum dalam kawasan bandar perlu dipertahankan dan pembangunan Taman Perbadanan Islam Stulang Baru dapat merealisasikan hasrat Kerajaan ini", ucap Khaled ketika perasmian pecah tanah taman tersebut.

Projek pembangunan ini merupakan Taman Perbadanan Islam ketiga yang dilancarkan PIJ Holdings dalam tempoh kurang tiga bulan dalam usahanya membela nasib Bumiputera.

Pembangunan taman ini merangkumi 108 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), 126 unit Perumahan Komuniti Johor (PKJ A) dan 99 unit PKJ B.

Pengarah Urusan PIJ Holdings Rozan Mohd Sa'at turut mengulas, "90 peratus daripada projek perumahan yang sedang dan akan dilaksanakan akan dibangunkan di atas tanah Rizab Melayu untuk pembeli Melayu dan PIJ Holdings akan terus komited dalam memenuhi hasrat Rakyat Johor".

Melihat kepada permasalahan kos tinggi yang membebani usahawan muda untuk memiliki ruang pejabat, sebanyak 34 unit Inkubator Usahawan Johor juga akan dibina di Stulang Baru, menyokong pembangunan 30 unit sama di Pengerang pada tahun lepas, ini dapat menyokong usahawan muda untuk mempunyai ruang pejabat pada kadar cukup rendah. 




TAMAT

Pertanyaan Media:

Bahagian Komunikasi Korporat
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Telefon   : 07-226 6366/4752
Emel       : media@pijholdings.com

Laman Web : http://www.pijholdings.com
Facebook Page : PIJ Holdings Sdn Bhd | http://fb.pijholdings.com
Instagram : @pijholdings | http://insta.pijholdings.com
Twitter : @pijholdings | http://tweet.pijholdings.com


PIJ HOLDINGS SDN. BHD. (PIJH)


PIJ Holdings Sdn Bhd atau PIJH merupakan sebuah syarikat milikan penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dimana operasi utama tertakluk dibawah bidang kerja syarikat meliputi aktiviti komersial iaitu Pembangunan Hartanah, Perladangan dan Pertanian, Perkilangan, Penyediaan Serta Penyeliaan Utiliti & Infra Telekomunikasi Negeri Johor dan Pembangunan Bandar Minyak dan Gas Pengerang (POGC) yang dilaksanakan menerusi anak-anak syarikat dibawah Kumpulan PIJH.

Berstatus sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), PIJH turut mengusahakan pelbagai program keusahawanan yang bertindak sebagai platform untuk melahirkan dan melatih lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan Bumiputra.