Kenali PIJ Holdings


Tadbir Urus Korporat

PIJ Holdings sentiasa memastikan setiap keputusan dan tindakan adalah berdasarkan kepada etika bisnes dan profesionalisme tertinggi serta berintegriti menerusi prinsip syura. Amalan sistem membuat keputusan secara syura ini dibuktikan dengan penubuhan pelbagai jawatankuasa diperingkat Kumpulan PIJ Holdings untuk memastikan tadbir urus korporat dapat dibuat secara efektif.

Jawatankuasa TERAJU

Merupakan Jawatankuasa Tertinggi yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar-dasar syarikat, projek-projek serta pelaburan baharu, penubuhan serta penstrukturan syarikat dalam Kumpulan, dan memperakukan urusan bisnes dalam dan luar negara untuk kelulusan Lembaga Pengarah. Mesyuarat jawatankuasa ini diadakan pada setiap bulan.

Jawatankuasa TERAJU Korporat

Jawatankuasa ini bertanggungjawab meneliti syarikat-syarikat Kumpulan serta syarikat-syarikat usaha sama dari aspek operasi dan pentadbiran, kewangan, penemuan Juruaudit, Isu-isu hartanah dan lain-lain. Mesyuarat jawatankuasa ini diadakan pada setiap bulan.

Jawatankuasa Operasi & Sinergi (JOS)

Jawatankuasa ini bertanggungjawab menilai daya maju sesebuah projek baharu, perkembangan projek sedia ada atau projek usaha sama dengan pihak ketiga. Penilaian dibuat meliputi aspek operasi, kewangan, pasaran, pengeluaran, teknikal, risiko tanggungan, pulangan terhadap pelaburan, sinergi bisnes atau aktiviti yang dilaksanakan oleh Kumpulan. Mesyuarat jawatankuasa ini diadakan mengikut keperluan semasa.

Jawatankuasa Mengkaji Perjanjian

Jawatankuasa ini bertanggungjawab bagi mengkaji dan meneliti Draf Perjanjian sebelum dimeterai dan mengemukakan cadangan bagi penambahbaikan terma dan syarat-syarat berkaitan perjanjian untuk memastikan kepentingan Kumpulan PIJ Holdings sentiasa terpelihara. Mesyuarat jawatankuasa ini diadakan mengikut keperluan semasa.

Jawatankuasa Induk Perjawatan

Jawatankuasa ini bertanggungjawab bagi merangka dasar serta membuat keputusan perkara-perkara berkaitan sumber manusia termasuk kenaikan pangkat, penstrukturan gaji dan elaun Kumpulan PIJ Holdings, penstrukturan jabatan dalaman syarikat dan mencadangkan terma-terma perkhidmatan baharu Kumpulan PIJ Holdings. Mesyuarat jawatankuasa ini diadakan setiap 6 bulan sekali pada pertengahan dan akhir tahun

Jawatankuasa Perancangan Strategik

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menggubal perancangan jangka pendek dan jangka panjang pencapaian kewangan syarikat dan bisnes dalam Kumpulan. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti dan menetapkan kaedah terbaik untuk memastikan setiap matlamat bisnes yang dirancang mampu dicapai. Mesyuarat jawatankuasa ini diadakan sekurang-kurang dua kali setahun.

Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan Kumpulan PIJ Holdings melaksanakan tadbir urus terbaik, mengukuh dan memastikan integriti di tahap yang ideal. Menguruskan aduan, mengesan dan mengesahkan salah laku, memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan. Jawatankuasa ini juga melaksanakan Borang Deklarasi Integriti dan Borang Deklarasi Aset dan Pendapatan bagi Pengurusan Kumpulan PIJ Holdings. Jawatankuasa ini turut melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. Mesyuarat jawatankuasa diadakan setiap 3 bulan atau mengikut kepada keperluan.