Kenali PIJ Holdings


Tanggungjawab Sosial Korporat

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), selain terlibat secara langsung dalam aktiviti bisnes, PIJ Holdings turut terlibat sama dalam usaha untuk mempertingkatkan sosioekonomi masyarakat dan semua pihak berkepentingan. Ianya adalah selari dengan objektif penubuhan syarikat. Antara tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan Kumpulan PIJ Holdings termasuklah melaksanakan gagasan Agenda Pembangunan Usahawan Bumiputera dengan penyediaan peluang keusahawanan melalui pembinaan Inkubator Usahawan serta #kotakniaga dan penyertaan usahawan melalui projek-projek yang dijalankan oleh Kumpulan.

Senarai Aktiviti & Program

Pelbagai aktiviti dan program dianjurkan oleh Kumpulan PIJ Holdings untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat.



Agenda Pembangunan Usahawan Bumiputera

Agenda Pembangunan Usahawan Bumiputera merupakan sebuah program memperkasa syarikat-syarikat milik Bumiputera melalui usahasama dalam penyertaan ekuiti atau penglibatan secara langsung dalam aktiviti dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kumpulan PIJ Holdings. Usahasama yang akan dilakukan...

  Baca Sepenuhnya

Inkubator Usahawan Johor

Projek inkubator mensasarkan para usahawan muda yang baru berkecimpung dalam dunia bisnes, ianya merupakan satu transit untuk menyedia dan melatih bakal usahawan sebelum mengembangkan bisnes masing-masing ke pasaran yang lebih kompetitif. Ini dilakukan dengan menyediakan ruang pejabat dengan ...

  Baca Sepenuhnya

#kotakniaga

#kotakniaga menyediakan ruang kepada usahawan tempatan bagi menceburi bidang Industri Minyak dan Gas di RAPID Pengerang melalui penyediaan Servis & Perkhidmatan Sokongan secara langsung. Ini dilakukan dengan penyediaan ruang bisnes dengan kadar yang rendah bagi membantu usahawan ini menja...

  Baca Sepenuhnya

Majlis Penyampaian Bantuan Keluarga Miskin

Sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab sosial, pihak syarikat telah mengadakan satu program bantuan kepada keluarga dan pelajar miskin di sekitar johor bahru. Bantuan wang tunai serta barangan keperluan dapat disampaikan oleh pihak syarikat kepada mereka yang memerlukan terutama semasa me...

  Baca Sepenuhnya