Kenali PIJ Holdings


Lembaga Pengarah PIJ Holdings

YAB DATO' HAJI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

PENGERUSI
Menteri Besar Johor

Berumur 59 tahun, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. Mula dilantik sebagai Pengerusi apabila beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Johor sebagai Menteri Besar pada 14 Mei 2013. Sebelum beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor, beliau merupakan Menteri Pengajian Tinggi dan pernah menyandang pelbagai jawatan lain di peringkat Kerajaan Pusat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi dan Timbalan Menteri Kerja Raya.

TUAN HAJI ROZAN BIN MOHD SA'AT

PENGARAH URUSAN

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Statistik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mula dilantik sebagai Pengarah Urusan PIJ Holdings pada 16 Mac 2014. Beliau memulakan kerjaya di Johor Corporation (JCorp) dan telah memegang beberapa jawatan tertinggi sepanjang berkhidmat di JCorp. Termasuk menerajui beberapa syarikat dibawah Kumpulan JCorp, antaranya Sindora Berhad dan Bahagian Bisnes Hospitaliti. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan yang melibatkan pelbagai aktiviti bisnes terutamanya Program Pembangunan Usahawan. Beliau kini berumur 58 tahun.

YB DATO' HAJI AZMI BIN ROHANI

AHLI
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Teknologi Malaysia. Mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah atas kapasiti sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor mulai 1 Januari 2017. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, beliau merupakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor. Beliau berkhidmat sebagai penjawat awam di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor bermula tahun 1992. Beliau kini berumur 49 tahun.

YB DATO’ ISHAK BIN SAHARI

AHLI
Penasihat Undang-Undang Negeri Johor

YB TUAN HAJI MOHD NASIR BIN ABD. SALAM

AHLI
Pegawai Kewangan Negeri Johor

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah atas kapasiti sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor mulai 20 Jun 2015. Sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri, beliau merupakan Pegawai Daerah Mersing. Beliau berkhidmat sebagai penjawat awam di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor bermula tahun 1985. Beliau kini berumur 60 tahun.

YB HAJI ISMAIL BIN MOHAMED

AHLI
Exco Pertanian & Industri Asas Tani

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor mulai 16 Mac 2017. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi J-Biotech, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Ahli Majlis Penasihat PELADANG, serta Ahli Lembaga Pengarah KEJORA Agro Sdn Bhd. Beliau kini berumur 46 tahun.

TUAN HAJI ZULKIFLEE BIN HAJI ABBAS

AHLI
Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor

Berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian), Universiti Sains Malaysia. Mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah atas kapasiti sebagai Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor pada 18 Januari 2017. Sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor, beliau merupakan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor, dan pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim. Beliau berkhidmat sebagai penjawat awam di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor bermula tahun 1962. Beliau kini berumur 55 tahun.

YB DATO' HAJI OBET BIN TAWIL

AHLI

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah bersara daripada perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 9 April 2014. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah mulai 22 Mac 2015. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor serta Pentadbir Tanah Daerah Kluang dan Muar. Beliau telah berkhidmat dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor selama 29 tahun bermula pada tahun 1985 sehingga 2014. Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Eco World Development Group Berhad. Beliau kini berumur 63 tahun.

ENCIK MUHAMMAD HIZAFIQ BIN HARRYZAN

Setiausaha Syarikat

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London. Mula berkhidmat di PIJ Holdings pada 16 Disember 2014. Beliau memulakan kerjayanya di firma guaman Tetuan Harryzan Abdullah & Associates. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Syarikat PIJ Holdings beliau pernah berkhidmat di beberapa firma kesetiausahaan, audit & ejen percukaian. Beliau kini berumur 30 tahun.