Kenali PIJ Holdings


PIJ Holdings adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti komersial seperti pembangunan hartanah, perladangan & pertanian, perkilangan dan pengurusan hartanah.

Agenda Pembangunan Usahawan Bumiputera



Agenda Pembangunan Usahawan Bumiputera merupakan sebuah program memperkasa syarikat-syarikat milik Bumiputera melalui usahasama dalam penyertaan ekuiti atau penglibatan secara langsung dalam aktiviti dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kumpulan PIJ Holdings. Usahasama yang akan dilakukan adalah seperti berikut:

 

  • Penyertaan Ekuiti melalui syarikat usahasama
  • Penglibatan dalam aktiviti pembangunan melalui penswastaan dan penyahluaran
  • Penglibatan kontraktor dalam kerja-kerja kontrak
  • Penglibatan jururunding
  • Penglibatan dalam aktiviti pembekalan
  • Penyediaan ruang niaga dan inkubator