Utiliti & Infrastruktur

Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd. (KUJ) merupakan sebuah Agensi Sehenti (OSA) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah seliaan Jawatankuasa Pengurusan Koridor Utiliti Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ). Bertanggungjawab bagi menyelaras, merancang, mengawalselia dan menyimpan data pembangunan infrastruktur utiliti yang dimajukan oleh penyedia utiliti dan pemaju hartanah di dalam Negeri Johor.

Selaras Degan Hasrat Kerajaan Negeri Johor Bagi Merialisasikan Wawasan 2020 Negara, serta Pembangunan Negeri yang rancak, Pembangungunan Infrastruktur adalah suatu sektor yang perlu didahulukan, oleh yang demikian KUJ telah mensasarkan negeri Johor dengan Misi dan Visinya: Pembangunan ke arah Koridor Utiliti yang terbaik bertaraf dunia dengan berlandaskan infrastruktur utiliti yang berdaya maju dan terpelihara, sebagai pemangkin kepada kesejahteraan dan kemajuan pelbagai sektor dan industri khususnya di Negeri Johor Darul Takzim menjelang 2030. Mewujudkan pangkalan data koridor utiliti yang komprehensif, menjayakan matlamat polisi tanpa penggalian (no-digging policy), perlaksanaan sistem pengurusan berkomputer dengan mengadaptasi teknologi-teknologi terkini serta canggih.

Lokasi Kami

Aras 8, Menara PIJ Holdings,
Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru
Telefon: +607-226 6366
Fax : +607-221 0576