Pertanian & Perladangan

PIJ Plantation & Agriculture Sdn. Bhd. (PIJ Plantation) adalah sebuah syarikat perladangan kelapa sawit milik penuh PIJ Holdings. PIJ Plantation menguruskan dan memiliki ladang sawit berkeluasan 2,704.15 hektar meliputi Ladang Zamrud, Ladang Air Manis dan Ladang Punggai selain turut menguruskan Ladang Sedili 1 & 2 berkeluasan 393.32 hektar, milik PIJ Property.

Bagi mengukuhkan lagi pendapatan serta menjana produktiviti syarikat, PIJ Plantation juga terlibat dalam menguruskan ladang sawit yang melibatkan kawasan ladang seluas 1,615 hektar meliputi Ladang Kahang, Ladang Sg. Kapal, Ladang Linggiu dan Ladang Zamrud 3. Selain daripada aktiviti perladangan sawit, PIJ Plantation juga menerokai penanaman Aloe Vera seluas 120 ekar di Tanjung Balau, Desaru, Kota Tinggi.

Lokasi Kami

Aras 8, Menara PIJ Holdings,
Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru
Telefon: +607-226 6366
Fax : +607-221 0576