Hartanah

PIJ Property Development Sdn. Bhd. (PIJ Property) adalah sebuah syarikat pemaju pembangunan perumahan dan hartanah, milik penuh PIJ Holdings. Pada awal penubuhan, PIJ Property mempelopori pembinaan sekolah-sekolah agama bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor sejak tahun 1996. Kemudian, PIJ Property mula melibatkan diri dalam pembangunan projek perumahan, termasuk projek perumahan Taman Perbadanan Islam bertempat di Jalan Kebun Teh yang merupakan projek perumahan pertama yang dapat disiapkan pada awal tahun 1980an.

Antara projek perumahan lain termasuk Taman Ponderosa, pembangunan perumahan elit yang terletak berdekatan Plentong, 20 minit ke Pelabuhan Pasir Gudang. PIJ Property kini sedang giat membina lebih banyak perumahan konsep Taman Perbadanan Islam di bandar-bandar utama seluruh negeri Johor dan pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ) bagi golongan berpendapatan pertengahan dan sederhana.

PIJ Holdings melalui PIJ Property bertekad untuk membangunkan projek-projek perumahan yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan golongan tersebut. Ini mampu menyumbang kepada peningkatan kadar pemilikan rumah dalam kalangan Bumiputera khususnya di negeri Johor.

Landskap wakaf di Johor bakal berubah wajah melalui perancangan strategik PIJ Property bersama Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bagi membangunkan tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan sebagai projek perumahan atau pusat komersial yang mampu menjana ekonomi ummah dan pada masa yang sama memberikan pulangan kepada Kerajaan Negeri dan MAIJ.

Lokasi Kami

Aras 8, Menara PIJ Holdings,
Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru
Telefon: +607-226 6366
Fax : +607-221 0576