Sumbang makanan kepada HSI sepanjang PKP

\

14 April 2020

JOHOR BAHRU – Kumpulan PIJ Holdings (PIJ Holdings) melalui inisiatif #PIJHoldingsPrihatin menyumbang lebih 3,000 pek roti kepada petugas kesihatan di sekitar Johor Bahru.
Sumbangan tersebut telah diedarkan kepada Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Permai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketiga-tiga hospital ini adalah hospital yang mengendalikan kes COVID-19 di kawasan Johor Bahru.

Pengarah Urusan PIJ Holdings, Abdul Rashid A Rahman berkata sumbangan ini adalah inisiatif bagi membantu petugas kesihatan mendapatkan akses mudah kepada makanan dan membantu mereka mengalas perut dalam keadaan kesibukan menghadapi kes-kes berkaitan COVID-19. 

Beliau berkata, “Kami sedar ketika dalam mendepani COVID-19, petugas kesihatan terutamanya frontliners sangat sibuk, jadi sumbangan ini diharap membantu mereka untuk kekal bertenaga ketika bertugas”.

Beliau menambah, ”Roti yang kami sumbangkan ini diperoleh daripada pengusaha-pengusaha kecil roti sekitar Johor Bahru, ada daripada mereka merupakan ibu tunggal dan nasib mereka ini perlu dibela kerana ada daripada mereka yang sedikit terjejas pendapatannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, ini selaras dengan hasrat Menteri Besar Johor YAB Datuk Haji Hasni Mohammad yang inginkan golongan yang terjejas ketika PKP dibantu”. 
Beliau berkata demikian ketika penyampaian sumbangan kepada Dr. Khadijah Abu Bakar, Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
 

Lokasi Kami

Aras 8, Menara PIJ Holdings,
Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru
Telefon: +607-226 6366
Fax : +607-221 0576